Monday, 26 December 2016

ISRAEL henti dana kewangan pada PBB



Israel telah membatalkan sumbangan dana bernilai jutaan dolar kepada beberapa badan yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai manifestasi terhadap tindakan Majlis Keselamatan badan itu yang meluluskan resolusi mengenai pembinaan penempatan haram Israel.

Dalam ucapan kepada rakyat Israel, perdana menteri Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Kementerian Luar untuk melengkapkan penilaian semula hubungannya termasuk pembiayaan kepada PBB.

Sebelum ini, Netanyahu berang dengan tindakan Presiden AS Barack Obama yang mengambil keputusan berkecuali tanpa memveto resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin.

Resolusi itu menuntut agar Israel "dengan segera dan sepenuhnya menghentikan semua aktiviti penempatan dalam wilayah Palestin, termasuk di Baitulmuqaddis Timur."

Lapan belas anggota UNSC - termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom - mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.

Sumber: Astroawani

No comments:

Post a Comment