Sunday, 1 January 2017
USA halau 35 diplomat Rusia
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memerintahkan 35 duta Rusia dihantar pulang dan penutupan dua bangunan milik Rusia di AS.
Diplomat Rusia dan keluarga mereka diberi masa 72 jam untuk meninggalkan AS.
Menurut laporan CNN, langkah tersebut diumumkan Khamis lepas berikutan dakwaan Obama mengenai campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS, baru-baru ini.
"Aktiviti siber Rusia bertujuan untuk mempengaruhi pilihan raya, mengkakis kepercayaan terhadap demokrasi AS, menyemai keraguan terhadap integriti dan proses pilihan raya dan melemahkan kerajaan Amerika Syarikat," kata sebuah kenyataan dari White House.
Kata White House lagi, campur tangan tersebut tidak boleh diterima dan tidak akan dibiarkan.
Selain itu, kerajaan AS juga mendakwa agensi perisikan Rusia, GRU dan FSB terlibat dalam campur tangan tersebut.
Susulan itu, kerajaan Rusia 'berjanji' akan memberikan layanan sama terhadap diplomat AS di Moscow.
sumber: Sinarharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment